SCHRAM (1977) : Media merupakan teknologi pembawa maklumat yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pembelajaran.
TORKELSON (1972): Media perlu mempunyai 3 bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. Mesej merujuk kepada isi kandungan dalam media itu samada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain adalah dikira sebagai mesej. Mesej boleh disimpan dalam bentuk tulisan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain. Manakala saluran mesej ialah peralatan fizikal dalam bentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar melalui televisyen, projector LCD dan computer.
Konsep media menurut Torkelson (1972)
BRIGGS (1970) : Media ialah alat yang memberi perangsang kepada pelajar supaya berlaku proses pembelajaran.
Media Pengajaran
HEINICH (2002) : Jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media tersebut digelar sebagai media pengajaran.
NGUI KUAN SANG (1989): pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah pengalaman yang total.
BROWN (1973) : media pengajaran ialah yang digunakan dalam kegiatan pengajaran dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran.
Bahan bantu mengajar (BBM)
NOOR AZLAN DAN NURDALINA (2010): Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang signifikan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang guru sampaikan, malahan penggunaan bahan tersebut dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan juga mampu meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang dilaksanakan oleh guru.
ATAN LONG (1982):Alat bantu mengajar (ABM) terdiri daripada pelbagai bahan yang digunakan untuk membantu guru dan murid. Bahan ini diterbitkan dalam buku, carta atau slaid yang ditayangkan pada layar.
Contoh penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
Teknologi pendidikan
NASUTION (1987): Teknologi pendidikan adalah media yang lahir dari perkembangan alat informasi yang digunakan untuk tujuan pendidikan.
CROWEL (1971) : Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan.
Teknologi interaksi
ENCYCLOPEDIA TEKNOLOGI PENDIDIKAN (2008) : Suatu proses yang sistematik dan berulang untuk mereka bentuk instruksi atau latihan agar dapat meningkatkan prestasi. Ia bertujuan untuk menggalakan penggunaan sistem, persekitaran, alat, produk, dan strategi yang bijak untuk meningkatkan pembelajaran dan kecekapan manusia.
PARADIGMA PERKEMBANGAN MEDIA PENGAJARAN
Paradigma Perkembangan Media Pengajaran
Paradigma
Keterangan & Contoh
Audio-Visual Kawalan Guru
·Gabungan media yang mempunyai unsur suara dan unsur gambar.
·Pelajar dapat menerima maklumat secara efektif dan sistematik.
·Dipaparkan dalam bentuk visual bergerak.
Contoh: VCD, DVD,telesidang, televisyen, projektor dan sebagainya.
Alatan komunikasi
·Televisyen:
Menyampaikan pengajaran dengan sistematik untuk tujuan ulang kaji dan PDPR.
Contoh saluran Pendidikan: EduwebTV, Didik TV, Astro, Tutor TV dan sebagainya.
·Komputer:
Memudahkan guru menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk teks, grafik, audio visual dan slide pembentangan.
Menjadi alat untuk murid melaksanakan pembelajaran berasaskan teknologi seperti E-Learning dan Frog VLE.
·Telefon pintar:
Menjadi alatan komunikasi popular membolehkan guru berhubung secara langsung dengan murid.
Contoh: aplikasi Telegram, Google meet, Facebook dan What Apps.
Integrasi Sistem Pembelajaran
·Integrasi ICT: Pemudah komunikasi di antara guru dan murid yang berada dilokasi yang berbeza
·Dilakukan melalui pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod.
·Penglibatan murid secara aktif dengan pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
·Meneroka bahan pengajaran secara meluas.
Sumber Pembelajaran
·Buku teks:
Sumber PdP utama
Kandungan boleh disampaikan dalam bentuk video, grafik dan slide pembentangan
·Jurnal, artikel & buku ilmiah lain:
Bahan rujukan tambahan.
·Internet:
Video, kuiz online, animasi grafik dan slide share.
Rumusan: Paradigma perkembangan media pengajaran melibatkan beberapa perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Guru perlu menggunakan alat komunikasi untuk menyampaikan sesuatu sumber pembelajaran. Pada suatu Ketika dahulu, guru hanya mengajar dengan membaca buku teks dan banyak bercakap berbanding pelajar namun kini guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik, Bahan rujukan juga tidak terhad dan boleh didapati dengan lebih cepat dan mudah melalui internet. Pada masa kini penggunaan ICT dalam Pendidikan menjadi satu kemestian bagi membolehkan suasana pembelajaran kondusif dan efektif. Dengan ini, penggunaan alatan komunikasi seperti komputer, TV dan telefon pintar digunakan secara meluas merentasi arus Pendidikan moden. Kesimpulannya, dengan timbulnya pelbagai pilihan media guru perlu keluar dari kepompong dan mula melakukan reformasi Pendidikan.
Video penerangan paradigma perkembangan media pengajaran
Isu penggunaan media pengajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Contoh (1) Keratan Akhbar: Proses PdP dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi tersedia
Kon Pengalaman Pembelajaran Dale 1965 adalah garis panduan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai apa yang cuba disampaikan oleh guru. Dalam kon ini, Dale mengklasifikasikan mengenai media dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk proses pembelajaran yang berkesan.
Kon Pengalaman Pembelajaran (Dale, 1965)
Video penerangan boleh rujuk di bawah...
👇
MANFAAT APLIKASI MEDIA PENGAJARAN
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI APLIKASI MEDIA PENGAJARAN
Terdapat tujuh (7) faktor yang mempengaruhi aplikasi media pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah objektif pembelajaran, proses pembelajaran, isu dan struktur kandungan, kebolehan murid, gaya belajar murid, kemudahan bilik darjah dan kaedah pengajaran.
Faktor-faktor mempengaruhi aplikasi media pengajaran.
PENUTUP
Berdasarkan kupasan tajuk ini, terbukti bahawa bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang cukup penting dalam rangka memastikan mesej yang disampaikan kepada pelajar difahami dan dapat memotivasi pelajar untuk terus membuat penerokaan dan manuver. sebagai guru, sesuatu media pengajaran itu dipilih adalah berdasarkan potensinya dalam mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. Hal ini kerana, pengalaman pembelajaran itu sendiri seharusnya dimulai daripada situasi sebenar atau media sebenar yang lebih konkrit dan mudah difahami sebelum ke situasi media yang menghasilkan pengalaman abstrak yang sukar. Keadaan ini secara tidak langsung menarik minat dan menginspirasi pelajar tentang keseronokan mempelajari subjek tersebut. Apa yang diharapkan dengan penyediaan bahan media yang bersesuaian dapat mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, kreatif dan pemikiran kritis.
Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain.
Interaktif
Perkara yang berkait dengan komunikasi dua hala atau sesuatu perkara yang bersifat saling bertindak, saling aktif dan saling berhubungan serta mempunyai timbal balik antara satu sama lain.
Kecerdasan
Hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. Ia juga merujuk kepada kebolehan untuk memperolehi pengetahuan, keupayaan untuk berfikir di dalam situasi yang kompleks dan kebolehupayaan untuk menyelesaikan masalah.
Media
Istilah ini bermaksud saluran komunikasi, merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima.
Pengalaman Pembelajaran
Segala gerak balas atau interaksi pelajar dengan persekitarannya.
Paradigma
Suatu pandangan yang digunakan untuk menilai dunia dan persekitaran yang merupakan gambaran atau perspektif umum berupa cara-cara untuk menghubungkaitkan permasalahan dunia yang sangat kompleks.
Perancahan
Suatu bantuan atau bimbingan kepada seseorang bagi menyiapkan tugasan yang tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada orang lain.
Sistem
Satu himpunan komponen kerja yang saling berkaitan dan bekerjasam untuk mendapatkan matlamat himpunan mereka.
Teknologi
Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya.
Terbaik. Satu idea yang baik dalam mengupas maklumat tentang Pengurusan Bilik Darjah yang berkesan dengan menggunakan pelbagai media sebagai alat pemudah cara dalam PdP kepada pelajar.
Terbaik. Satu idea yang baik dalam mengupas maklumat tentang Pengurusan Bilik Darjah yang berkesan dengan menggunakan pelbagai media sebagai alat pemudah cara dalam PdP kepada pelajar.
ReplyDeleteGood Info. Blog yang menarik dengan kupasan idea yang baik. Terima kasih atas perkongsian maklumat
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete